Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Sri_Petaling

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kuyoh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa persimpangan lebuhraya berhampiran stesen ini iaitu Persimpangan Awan Kecil Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Persimpangan Bukit Jalil Lebuhraya MEX. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah kompleks kondominium Vista Komanwel, kondominium Covillea Bukit Jalil, Universiti Perubatan Antarabangsa dan kawasan perumahan Sri Petaling.

Pelan stesen

GBagunan stesenPintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
LG
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
SP Arah Selatan4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Awan Besar)
SP Arah Utara4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bukit Jalil)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri

Stesen ini adalah stesen bawah permukaan dimana aras legar terletak di atas aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]